Tiada jaminan bahawa UMNO akan menang besar jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetap diadakan pada tahun ini.<br /><br />Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berpandangan, UMNO ketika ini masih percaya dengan teori bahawa parti itu mampu mengulangi kejayaan di PRN Johor dan Melaka.<br /><br />Namun hakikatnya, rakyat khususnya pengundi di atas pagar sedang memberi reaksi terhadap isu-isu semasa termasuk rasuah dan keadaan ekonomi, yang kemungkinan besar menjejaskan kemenangan UMNO.